Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Friday, 14 October 2011

Mengimbau "kenangan" lalu.......

Teringat lagi sa kejadian 9 tahun yang lalu di mana masa tu arwah datuk sa baru meninggal (sebelah dadi). Selepas 7 hari dia dikebumikan keluarga sebelah dadi sa mengadakan upacara "momisok".Bagi keluarga mami sa, ini merupakan pertama kali kami mengikuti acara tersebut sebab sebelum ne tdk pernah. Tapi masa tu sa memang pernah dengar dan tahu serba sedikit tentang upacara tersebut daripada kawan2 .

Tepat jam 7pm kami semua diarah masuk dalam rumah..macam ramai juga yg turut serta tapi kebanyakan sanak saudara sebelah dadi. Oleh sebab di ruang tamu sesak org suda, sa dan cousin duduk di dalam bilik saja..masa tu adik lelaki sa tidur lena di atas katil. sa kira mau kasi bangun tapi mami sa cakap kasi biarlah dia tidur.So kami pun duduk membelakangi katil .oh ya sebelum itu sa masi ingat lagi dorang ada menyediakan makanan serta barangan yg selalu arwah gunakan semasa dia masi hidup seperti "kirai" (rokok yg diperbuat daripada daun" yg lain2 tu sa lupa suda..di bawah meja tempat tu barang2 arwah ada juga dulang yang kena tabur dgn tepung..apa tujuan dia sa pun kurang pasti.

Lebih kurang jam 7.30pm upacara pun dimulakan, Datuk saudara sa mengarahkan semua orang mendiamkan diri..dan semua lampu pun turut dipadamkan maka bergelapla kami di dalam rumah. iklan kijap- sebelum upacara dimulakan..anty2 dan uncle2 sempat lagi mengusik sa..ada ka dorang cakap "sebagai cucu pertama dlm keluarga kita (sebelah dadi) mesti ko yang dia pigi cari tu dulu" cisss..sa pun bulat2 percaya apa yg dorang cakap. So sila gambarkan perasaan sa masa tu...:-(  Ok berbalik kepada cerita tadi..selepas lampu di padamkan automatic kedaan rumah terus sunyi sepi... 

Dalam kegelapan sa berusaha memejamkan mata..sa sama cousin berpegang tangan..semakin lama sa boleh rasakan gengaman dia semakin erat ..dalam hati sa..aiksss napa pula dia ne..so sa diam jalah..tidak lama kemudian sa terasa seperti belakang sa kena usap2...dalam hati..ni kali lah mungkin si ama (panggilan utk arwah datuk) datang suda. terus sa teringat cakap aunty dan uncle sa. Terus terang sa katakan memang masa tu mau terkencing saja sa  sebab ketakutan..(gila kan?) I think ada 2-3 minit juga belakang sa kena usap2..terpaksa sa tahan ja lah.  

Tidak lama kemudian tu upacara pun selesai..semua lampu pun dinyalakan...sa tengok muka cousin sa pucat lesi , cousin sa cakap muka sa pun pucat lesi...terus sa tanya dia;
Me: ko ada kena pegang sama si "ama" ka? " 
My cousin: ada bah ..lama juga dia pi usap2 belakang sa..ko pun ada kah? " 
Me: eh sama lah...

Habis ja sa cakap macam tu...tiba2 my bro yg kami sangka masi lagi tidur ketawa terbahak-bahak...terus sa sama cousin perpandangan..baru kami tahu yg rupa2nya my bro lah punya kerja pi usap2 belakang kami. Kimbet betul..mau saja sa terajang dia time tu...nasib baik adik. Free2 kami kena sa main oleh my bro. Sampai sekarang kalo ingat tu cerita memang masi lagi dia kasi ketawa kami. ...haizzz adik siapala tu kan..!!!

Upacara "momisok" selalunya dijalankan oleh kaum kadazan/dusun. Tujuan adalah untuk memanggil roh si mati utk mengambil barang2 peninggalannya dan menikmati makanan kesukaannya utk kali yg terakhir sebelum jalan ke alam lain .-ini bagi pemahaman sa lah..bah kalo kamu ada experience yg sama sila kongsi2 disini k.